masuk sem 2 nie, aku dah tanam azam nak belajar sungguh2, tasmi' lak.. tak nak main2... namun apa daya aku.. segalanya bukan aku yang atur ,bukan aku yang hendak.. segalanya dalam percaturan Allah s.w.t. untuk menjadikan aku lebih kuat hadapi segalanya. InsyaAllah...
kehidupan pada semester kedua ini lebih teruji. Hafalanku semakin lama semakin memberat...
memang aku agak sakit sedikit mengulang juzu2 6- 10 kerana itu itu masalah dariku yang malas mengulang sejak awal2 lagi...Astaghfirullah... akanku cuba sedaya upaya memperbaikinya...
Ya Allah, jauhilah aku dari ujian yang berat2.. segala yang berkaitan dengan al-Quran... janganlah Engkau jadikan al-Quran yang yang aku hafal ini sebagai laknat untukku Ya Allah kerana aku tidak mengingati keseluruhannya dan tidak mencuba sedaya upayaku untuk mengingatinya... berilah aku kekuatan untuk memperjuangkannya.. kerana aku tahu, aku adalah pilihanMu ya Allah... biarlah aku bisa membahagiakan kedua orang tuaku di akhirat nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment