Monday, 9 May 2011
SEM BARU MACAM DUNIA BARU DAA
masuk sem 2 nie, aku dah tanam azam nak belajar sungguh2, tasmi' lak.. tak nak main2... namun apa daya aku.. segalanya bukan aku yang atur ,bukan aku yang hendak.. segalanya dalam percaturan Allah s.w.t. untuk menjadikan aku lebih kuat hadapi segalanya. InsyaAllah...
kehidupan pada semester kedua ini lebih teruji. Hafalanku semakin lama semakin memberat...
memang aku agak sakit sedikit mengulang juzu2 6- 10 kerana itu itu masalah dariku yang malas mengulang sejak awal2 lagi...Astaghfirullah... akanku cuba sedaya upaya memperbaikinya...
Ya Allah, jauhilah aku dari ujian yang berat2.. segala yang berkaitan dengan al-Quran... janganlah Engkau jadikan al-Quran yang yang aku hafal ini sebagai laknat untukku Ya Allah kerana aku tidak mengingati keseluruhannya dan tidak mencuba sedaya upayaku untuk mengingatinya... berilah aku kekuatan untuk memperjuangkannya.. kerana aku tahu, aku adalah pilihanMu ya Allah... biarlah aku bisa membahagiakan kedua orang tuaku di akhirat nanti...
kehidupan pada semester kedua ini lebih teruji. Hafalanku semakin lama semakin memberat...
memang aku agak sakit sedikit mengulang juzu2 6- 10 kerana itu itu masalah dariku yang malas mengulang sejak awal2 lagi...Astaghfirullah... akanku cuba sedaya upaya memperbaikinya...
Ya Allah, jauhilah aku dari ujian yang berat2.. segala yang berkaitan dengan al-Quran... janganlah Engkau jadikan al-Quran yang yang aku hafal ini sebagai laknat untukku Ya Allah kerana aku tidak mengingati keseluruhannya dan tidak mencuba sedaya upayaku untuk mengingatinya... berilah aku kekuatan untuk memperjuangkannya.. kerana aku tahu, aku adalah pilihanMu ya Allah... biarlah aku bisa membahagiakan kedua orang tuaku di akhirat nanti...
Sunday, 8 May 2011
Aku Hamalatul Quran….
Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!
Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..
“…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…”
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…”
Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran…begitukah aku?
Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!
Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..
Namun… Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.
Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!
Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?
Sahabatku… ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.
- Share this:
- StumbleUpon
- Digg
Friday, 6 May 2011
siapalah aku.
semalam aku menghadiri majlis meraikan kelas English Specific Purpose (ESP), dalam keseorangan tanpa ahli group...macam2 la aku fikir...nanti aku takde kawan, sir bukan nak tegur aku pun oleh kerana siapalah aku...huhuhu..tapi Allah merencana segalanya... kawan2 kelas yang sporting dan sir masih mengenaliku... dipendekkan cerita, mase majlis tu, sir suruh laa sape2 cakap, nak luah perasaan ke and other la... alih2 seme diam... time tu sir ungkit pasal massege aku yang blur tu kat FB. ingat nak wat derk je... last2 sir sruh jgk ckap... xla gtau name..tp sir bagi klu dari kuliyyah tahfiz..mne x bengang, aku sorang je lam kelas tu budak tahfiz... ya Allah.. aku pun bantai cakap laa pape pun... blik tu, aku n beberape lagi kwn nek kreta sir... banyak jugak kami borak... sir siap tanye bile nk blik terengganu... alhamdulillah... cakne jgk sir kat aku.. ini merupakan penghargaan yang besar bila lecture ke, cikgu mane2 ke mengingatiku...thank you sir... syukran asaatizati...terima kasih cikgu2... smpai2 je plak dpt bermesra dgn kwn skls b.i ku... byk la jugak yang dia share... ye.. rupanya aku terlalu merendah diri, menghukum sesuatu atas sebab satu2 perkara je...rupa2nya Allah sahaja yang bijak menentukan...btul la.. siapala aku nak menilai sesuatu...terima kasih semua yang mengenali diriku...aku tidak lupakan kalian walaupun aku tak contact kalian...
Wednesday, 4 May 2011
terasa kerinduan mencengkam..
kemana sahaja aku melangkah..
pasti kalian selalu bermain2 dimata..
bertapa indahnya persahabatan di Maahad Tahfiz Al-Quran...
Tuesday, 26 April 2011
BILA AKU SUDAH TERJUN
kalau dulu,
aku tak tahu ke mana arah yang hendak dituju,
fikiranku buntu waqi' mana aku akan berlabuh,
lantas aku turut sahaja arah mana aku dihanyutkan..
saat akhir itu,
Allah menghantarku ke sebuah tepian rahmatnya..
Maahad Tahfiz Al-Quran..
disitulah aku berlabuh..
tak pernah terlintas di benakku selama pengajianku..
menghafaz 30 juzuk al-quran??
mampukah aku??
aku tempuhi jua dalam kepayahan,
juzuk ke3 aku hafal,
ntah berapa ratus air mata yang gugur..dalam kesusahan aku cuba mengingat kalam2 Allah itu..
sampai juzuk 5,aku diuji..guruku semacam marah benar padaku..sikapku yang sedikit kemalas-malasan, suka bermain menyebabkan ustaz langsung tidak pedulikanku..ya Allah!tempatkukah ini..lantas, aku usaha jua..menguak2 tanganku agar tidak kelemasan..aku diuji dan di uji..hinggalah sahabat2 meninggalkan ku(tamat pengajian),aku terpaksa menambah semester bagi menghabiskan 30juzuk itu..byk sungguh perkara yang melemahkan semangatku..contoh: awak ni, takkan habis quran kalau bersikap begini, awak nak habis tak quran ni? hanyaAllah yang tahu perasaanku..berdirinya sahabat2 disisi menguatkan semangatku...oh sahabat,,akhirnya kau tinggal daku,,
dari kejauhan engkau beri inspirasi..
ustaz sudah mula tersenyum melihat perubahanku, semangatku,bacaanku yang semakin membaik..
akhirnya..sampai juga aku di perlabuhan..entah berapa juta air mata menemani..aku tak pasti..tanpa pengetahuanku, doa ustaz mengiringi, ibu bapaku apatah lagi..
dalam kepayahan,dari rangkak, ku dapat berlari..ya Allah, adakah aku pilihanMu..membawa kalamMu?dalam rahmat,sebenarnya aku menanggung amanah, amanah Allah yang tiada tara beratnya..aku hamalatul Quran..aku yang lemah lagi naif ini..kini aku berusaha menjaganya..beratnya..kerana banyak yang aku semakin lupa..ya Allah..andai aku ajalku semakin mendekat..matikan aku dalam keadaan berusaha mengingatkan kalamMu..andai ajalku masih jauh, janganlah Kau biarkan aku lalai darinya.. doakan aku sahabat..agar aku sentiasa bermujahadah.. agar dosa2ku tidak bersepai..astaghfirullah..
kini aku melangkah lagi...
berusaha menjunjung amanah Ilahi...
bersama doa ibu bapa dan guru2 yang sentiasa mengiringi...
ya Allah, kuatkanlah hati ini...
menyusuri denai ini bersendiri...
hanya teman dirumah menemani...
namun tak selamanya disisi...
hanya Allah sentiasa dihati...
aku tak rasa keseorangan lagi...
alhamdulillah, segala puji terhadap Ilahi,
kerna,habis juga perjanganku 1 sem disini...
semoga aku sentiasa tabahkan hati...
menempuh segala onak duri...
sememangnya yang sentiasa menanti...
Allahu Rabbi...
sentiasalah menemani diri ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)